d'excel Batik Dan Songket

Friday, May 11, 2018

Tips Nak Tentukan Sutera Yang Berkualiti

Tips! 

Helah Bagaimana Nak Tentukan Sutera Berkualiti Sebelum Membeli!!


Kadang-kadang kerana jenama, kita semua menjadi buta. Mengaku sahajalah, ramai di antara kita gemar membeli barangan berjenama kerana sangka ianya lebih berkualiti dari barangan yang dijual di kedai-kedai biasa.

Walaubagaimanapun sebaliknya, ada juga sesetengah produk yang berjenama diperbuat daripada material yang lebih teruk dan rendah kualitinya berbanding barangan tanpa jenama. 
Jadi? 
Bagaimana kita nak menentukan tahap kualiti sutera yang kita suka itu adalah yang berkualiti sebelum membeli?

#Tip 1 Percubaan Biasan Cahaya

enhanced-5370-1462299772-1

Pegangkan pakaian atau fabrik sutera yang kita pilih, dan halakan ke arah cahaya terang, contohnya ke arah cahaya lampu dan perhatikan berapa banyak cahaya yang mampu menembusi fabrik tersebut.
Sekiranya, banyak cahaya yang menembusi material sutera itu bermakna kain tersebut adalah jarang dan nipis dan ia adalah dari kain sutera yang murah. Tetapi , sekiranya hanya sedikit sahaja cahaya yang boleh menembusinya, maka fabrik sutera itu adalah tebal dan berkualiti.
# Tips 2 Uji Ketahanan Keromot/Merenyuk
enhanced-8382-1462310200-7
Cuba keromotkan/renyukkan kain sutera yang kita mahu beli itu terlebih dahulu menggunakan genggaman tangan kita selama beberapa saat lalu lepaskannya.
Perhatikan samada material kain tersebut  berkedut banyak atau kurang kedutannya. Material yang berkualiti pastinya kedutannya sangat minima/ kurang berkedut.
#Tip3 Tarik & Regangkan Material
enhanced-28494-1462309968-16
Secara lembut, cuba tarik dan regangkan material sutera yang kita pilih itu. Lihat samada kainnya meregang atau tidak. Fabrik yang berkualiti tidak akan meregang..
#Tip 4 Merasa fabrik dengan tangan
Rasa dan ramas fabrik sutera dengan lembut. Sekiranya, fabrik terasa lembut dan halus, fabrik tersebut adalah berkualiti tinggi.





No comments: